Dah tahu tempat posting..

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Baqarah Ayat 216)

Pagi ramadhan yang ke 9, indah suasananya. Tapi aku masih bermalas-malasan tuk bangun. Walaupun hakikatnya aku dah tidur awal. Seusai solat subuh, aku cuma duduk berteleku di depan laptop. Membaca artikel & blog yang ku rasakan mampu menarik minat aku seterusnye menghalang aku daripada tidur balik.

Antaranya kisah pasal haiwan la, tazkirah la dan macam-macam lagi yang aku rasakan unik. Lepas daripada tue, teringat pesan mak yang menyuruh aku menyuci kolah bilik air. Lalu aku capai cebuk & span dari dalam stor, terus aku duduk menyental apa yang boleh disental kat dalam bilik air tue, terutamanya taik-taik cicak yang duk melekat kat tepi-tepi dinding.

Setle keje tue, aku terus duduk kembali depan laptop. Tup-tup terbaca post dari teman aku di facebook yang cakap dah boleh KKM untuk taw posting kat mana. Aku apa lagi, terus capai tepon terus la cube. Hampa. Asyik engage je. Jadi aku putuskan untuk setlekan tandas lak dan mandi.

Lepas daripada tue, baru nak cube call lagi sekali.

“Tut..tut..ye selamat sejahtera” dengar ada orang bercakap dihujung talian.

“Ye..selamat sejahtera..erk..ini KKM ke?..Saya nak tahu tempat posting saya boleh” cakap aku dengar ragu-ragunye. Terketar-ketar pun ade.

“Boleh, daripada universiti mana ye?” suara itu membalas.

“Daripada universiti malaya” balas aku ringkas.

“Ok, nama siapa?” soalnya.

“Zulhilmi Aladdin” sekali lagi, ringkas je aku jawab.

“Ok, awak dapat kedah” beritahu suara tue.

“Oo, terima kasih ye, assalamualaikum” Gulp, jawab aku dengan nada macam slumber. Hakikatnye, ntah la nak cakap.

Terkedu beberapa saat lepas perbualan telefon yang ringkas tue.

Alhamdulilah Ya Allah dengan nikmat rezeki ini. Walaupun tak dapat pilihan pertama, inilah ketetapan Mu. Hakikatnya, aku memang tak kisah pun. Cuma pintaku dalam doa ku di hadapan Kaabah dulu, “Walau dimana aku berada Ya Allah, mudahkanlah urusan aku dan berikanlah suasana kerja yang baik dan orang sekelilingnya juga baik”.

Moga semuanya akan baik nanti. Begitu juga dengan kawan-kawan aku yang lain. :)

“Sekadar berkongsi ceritera diri”
© Hilmi Laden – Ogos 2011

About The Author

My name is Hilmi Laden or some people called me yeopmi. I just graduated and now working as pharmacist. Part time works as webmaster and graphic designer at Munsyeed{Dot}Com. During leisure time I love to play with photoshop & enjoy taking pictures with my canon 550d. (:

No Comments