Manfaatkan apps calendar
Untuk post kali ini, saya nak berkongsi bagaimana kita boleh memanfaatkan aplikasi kalendar (Calendar Apps) yang terdapat pada iPhone. Hakikanya, banyak apps yang mempunyai fungsi dan features yang hampir sama, tapi saya lebih berminat untuk menggunakan apps asal yang memang sudah sedia ter’install’ daripada mencari dan memenuhkan ruang memory iphone saya dengan apps lain.
Yup, memang sangat berguna buat mereka yang perlu set appoinments atau meeting penting regularly. Tambah berguna, apps ini juga mempunyai fungsi reminder. Jika dahulu kita menggunakan diari, mungkin kini, seiring dengan dunia it dan teknologi kita boleh memanfaatkan aplikasi seperti ini untuk membantu mengurus dan menjadualkan kehidupan seharian.
Sama seperti aplikasi kalendar yang ada pada telefon bimbit yang lain, kita boleh tetapkan, bila tarikh kita akan meeting, tarikh untuk pergi service kereta, tarikh ceramah agama di surau, program motivasi dan lain-lain tarikh penting yang memerlukan perhatian kita.
Tetapi, perkara yang menarik minat saya ialah, capaian untuk meng’update’ maklumat pada kalendar ini boleh dilakukan samada menggunakan laptop atau terus set di iPhone. Untuk update menggunakan laptop, kita memerlukan capaian internet untuk mengakses ‘Google Calendar’. Cukup dengan ‘feature’ synchronization atau singkatannya ‘Sync’, data daripada ‘Google Calendar’ akan di ‘sync’ terus ke iPhone dan begitu juga sebaliknya. (p/s-perlu capaian internet untuk sync)
Oh ya, seperkara lagi, kita boleh ‘subscribe’ pada kalendar cuti Malaysia. Jadi, ia memang amat membantu.
Langkah-langkah Sync dengan Google Calendar
1. On your iPhone, pergi Settings > Mail, Contacts, Calendars > Add Account > Other > Add CalDAV Account
2. Untuk CalDAV settings, masukkan maklumat berikut. Username adalah email address dan password Gmail kita.
3. Kemudian tap “Next” dan ia akan verify information kita.
4. Sekiranya gagal untuk verified, tap “Advanced settings” dan make sure that “Use SSL” is On, port is 443, dan Account URL ada sign “@” pada email address kita.
Subscribe dengan Kalendar Cuti Malaysia
1.On your iPhone, pergi Settings > Mail, Contacts, Calendars > Add Account > Other > Add Subscribed Calendar
2.Salin url ini www.calendarlabs.com/templates/ical/Malaysia-Holidays.ics ke ruangan yang ada
Hasilnya
Dan inilah hasilnya, kalendar peribadi kita serta kalendar event negara kita.
“Sekadar berkongsi sedikit info”
© Hilmi Laden – Ogos 2011









No Comments