Munsyeed Dot Com

Seiring dengan peredaran zaman, dan perkembangan industri muzik tanah air, irama nasyid tidak ketinggalan menjadi salah satu hiburan yang semakin digemari oleh banyak pihak. Irama nasyid bukan sahaja sedap untuk dijadikan halwa telinga, tetapi boleh juga membawa pendengar menyelami mesej-mesej ingatan dan seruan amar makruf nahi mungkar melalui lirik-liriknya yang puitis. Sehubungan dengan itu, Munsyeed{dot}com tampil aktif untuk menjadi media alternatif yang membuat liputan khas untuk artis nasyid, komposer, para penggiat industri nasyid dan juga kelab peminat nasyid.

Munsyeed{dot}com mula beroperasi sebagai ejen media bermula dari Ogos 2010. Dibayangi oleh warga kerja yang akrab, munsyeed{dot}com mula membuat liputan berita dan artikel yang berkisar tentang nasyid di facebook. Dunia facebook penuh dengan magis nya yang tersendiri. Dalam masa beberapa ketika sahaja, munsyeed{dot}com mula diterima umum. Ini sedikit sebanyak memberi impak kepada warga kerja munsyeed{dot}com untuk menambah usaha dan mengiatkan tenaga untuk melaporkan berita dan artikel terbaik dan segar dari ladang.

Munsyeed{dot}com boleh diakses di http://www.munsyeed.com

Facebook Comments

No Comments